Umum

Malaysia mencatatkan 6.48 mata dalam indeks ‘Rakyat Malaysia Bahagia’

Laporan MHI yang julung kali dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), meletakkan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) pada 2021 berada pada tahap Bahagia apabila mencatatkan skor 6.48.

Dimana, Labuan merekodkan skor 9.29 iaitu ‘Sangat Bahagia’, manakala 11 negeri berserta Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan skor pada tahap ‘Bahagia’, dan Melaka serta Selangor pula berada pada tahap Sederhana Bahagia.

Dapatan menerusi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu telah diukur berasaskan aspek fizikal, sosial, emosi dan spritiual.

Malah dapatan turut mendedahkan hampir keseluruhan negeri dan Wilayah Persekutuan mencatatkan skor melebihi paras Bahagia ke Sangat Bahagia.

Bagi perincian lanjut berhubung komponen dalam skor Indeks Kebahagiaan ini tergolong dalam 3 komponen memaparkan skor tertinggi – meliputi bahagia bersama keluarga, amalan kerohanian dan kesihatan.

Manakala beberapa perincian tahap kebahagiaan mengikut pencapaian pendidikan, taraf perkahwinan dan jantina di Malaysia.

PALING POPULAR

To Top