Keupayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan sokongan dua pertiga ketika usul undi percaya pada sesi Dewan Rakyat minggu depan masih belum dapat dipastikan meskipun sokongan ahli Parlimen terhadap beliau dilihat semakin meningkat.
Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan berkata, Ahli Parlimen Tambun itu berkemungkinan berhadapan masalah memperoleh jumlah undian diperlukan itu khususnya daripada beberapa ahli Parlimen BN.
“Untuk mendapat majoriti mudah melepasi 112 itu bagi saya tidak ada masalah. Cuma masalahnya adalah untuk melepasi 148 (majoriti dua pertiga), ia memerlukan undi secara en bloc daripada BN.
Sumber: Sinar Harian