Sports

Manchester City terus tinggalkan Liverpool

PENYANDANG juara, Manchester City meneruskan kempen pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan momentum positif apabila membelasah kelab bawahan Norwich City 4-0 di Carrow Road.

Pada perlawanan itu, Raheem Sterling tampil menjaringkan hatrik dengan gol minit ke-31′, 70′, 90′, selain buah tangan minit ke-48, Phil Foden sekali gus melebarkan kelebihan 12 mata ke atas pesaing sensasi Liverpool.

Kemenangan anak buah Pep Guardiola itu menyaksikan The Citizens memenangi 14 daripada 15 perlawanan terakhir liga.

“Kami memerlukan lebih banyak mata selepas ini kerana kami tahu momentum pesaing terdekat ketika ini ialah Liverpool.

“Saya percaya Liverpool tidak akan kehilangan banyak mata berdasarkan kualiti yang dimiliki pada ketika ini. Liverpool memiliki skuad terbaik sejak sedekad lalu menyebabkan kami tiada pilihan kecuali meraih lebih banyak mata baki perlawanan,” kata Guardiola.

PALING POPULAR

To Top