Umum

Mangsa banjir meningkat kepada 932 di tiga negeri

Jumlah mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 932 mangsa daripada 251 buah keluarga di tiga negeri.

Menurut Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebanyak 18 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat awal pagi, hari ini.

Antara negeri yang terjejas adalah Kedah, Melaka dan Perlis.

Kedah mencatatkan 770 mangsa banjir daripada 206 buah keluarga yang ditempatkan di 13 buah PPS.

Antara kawasan terjejas di negeri Darul Aman itu adalah Pendang, Pokok Sena, Kota Setar, Kubang Pasu dan Baling.

Sementara itu, Melaka pula merekodkan 113 mangsa daripada 31 buah keluarga yang ditempatkan di tiga buah PPS.

Kawasan terjejas di negeri tersebut ialah Alor Gajah.

Bagi Perlis seramai 49 mangsa banjir daripada 14 buah keluarga ditempatkan di sebuah PPS.

PALING POPULAR

To Top