Buletin

Mangsa banjir terima sumbangan kontena dari Muhyiddin Yassin

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemberian dua unit kontena bagi dijadikan penempatan sementara untuk dua buah keluarga mangsa banjir di Kampung Jawa dan Kampung Sungai Lui, Hulu Langat telah ditunaikan.

Beliau dalam laman Facebook nya hari ini, mengatakan bahawa satu unit kontena telah dihantar petang semalam dan satu lagi hari ini.

“Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban kepada keluarga terlibat yang kehilangan tempat berlindung dalam sekelip mata minggu lalu”.

Seperti yang beliau nyatakan sebelum ini, Skuad Prihatin BERSATU akan meneruskan misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara dengan tumpuan kepada kerja-kerja membersihkan rumah dan memberi bantuan berupa barangan makanan harian, peralatan keperluan dapur serta barangan keperluan bayi dan kanak-kanak.

Dana yang diterima oleh Tabung Bencana Banjir BERSATU yang dilancarkan pada Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU baru-baru ini telah digunakan untuk membantu mangsa-mangsa terlibat. Selain itu tabung tersebut turut menerima sumbangan daripada orang perseorangan dan para dermawan lain.

“Sekali lagi saya menyeru marilah sama-sama kita membantu dan menyumbang dalam apa cara cara dan bentuk sekali pun yang termampu bagi membantu mangsa bancana alam ini membina kembali kehidupan mereka terutama selepas banjir berakhir, ujarnya lagi”.

Beliau juga mendoakan kepada seluruh para sukarelawan dan petugas barisan hadapan teruskan kerja-kerja murni ini.

“Insya-Allah anda semua akan dilindung dan diberkati Allah SWT”.

PALING POPULAR

To Top