Umum

Mayat pesara tentera ditemui dalam semak

Gambar Facebook

Mayat seorang pesara tentera ditemui di dalam semak di Kampung Lembaga, Rancangan Pemulihan Tanah Kesedar Sungai Terah di Gua Musang pada hari Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, mangsa Wan Yusof Wan Jaafar, 48, dipercayai maut selepas basikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam semak itu.

Mwngulas lanjut, beliau berkata, mayat mangsa ditemukan pada 2.30 petang dalam keadaan terbaring berhampiran basikalnya.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai keluar beriadah dengan mengayuh basikal seorang diri pada kira-kira 8 pagi.

“Bagaimanapun mangsa tidak pulang ke rumah pada waktu kebiasaan malah isterinya gagal menghubungi mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan serangan jantung (Coronary Artery Disease) dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

 

 

PALING POPULAR

To Top