Umum

Kes bunuh diri makin membimbangkan dalam fasa endemik

Bebanan hutang yang tinggi selepas hilang pekerjaan dan masalah keluarga menjadi punca utama seseorang nekad meragut nyawanya sendiri ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mendedahkan, kes bunuh diri disebabkan bebanan hutang antara yang tertinggi dilaporkan sejak 18 Mac hingga 30 Oktober 2020.

Sebanyak 24 peratus kejadian bunuh diri disebabkan masalah keluarga, diikuti kes rumah tangga sebanyak 23 peratus dan 15 peratus lagi atas faktor cinta.

Selain itu, punca bunuh diri yang lain termasuk bebanan kerja, halusinasi, mental, media massa serta dadah pula direkodkan sebanyak 13 peratus.

Sepanjang itu, sebanyak 266 kes direkodkan.

Berita meningkatnya kes bunuh diri dan kemurungan dalam kalangan rakyat Malaysia sejak bermulanya pandemik itu, menambah kebimbangan kepada rakyat.

Malah, ada pihak yang mengambil kesempatan dengan memburukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika itu.  Mereka menganggap kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengambil langkah proaktif segara bagi mengekang permasalahan itu.

Ketika “nyawa dihujung tanduk” dibadai dengan adanya pandemik Covid-19, ada rakyat yang sanggup turun menjalankan demonstrasi menuntut beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Namun, setelah beliau mengundurkan diri dan digantikan dengan satu sosok Perdana Menteri baharu tapi Ia bagaikan tiada perubahan, malah kes bunuh diri ini bagaikan satu fenomena baharu di Malaysia.

Kalau dapat dilihat sepanjang bulan Mei lalu, berapa ramai yang ingin menamatkan riwayat mereka di jambatan Pulau Pinang.

Syukur, kepada mereka yang dijumpai masih hidup dan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.

Adakah anda masih ingin menunding jari lagi terhadap Tan Sri Muhyiddin? Sekiranya “Lockdown” menjadi subjek utama sebagai peningkatan kes bunuh diri.

Bagaimana pula dengan sekarang, ketika Malaysia sudah pun masuk ke fasa endemik.

Percaya ataupun tidak sebenarnya kes bunuh diri ini terjadi adalah disebabkan tekanan dari pihak sekeliling. Kita tidak pernah peka tentang permasalahan orang, hanya reti menghukum.

Apabila, terjadinya kes bunuh diri ini ia dikaitkan pula dengan seseorang itu tidak kuat imannya, membelakangkan kerja tuhan dan sebagainya.

Sesungguhnya, kalau kita berada di tempat mereka mungkin kita akan faham permasalahan sebenarnya.

Maka beradablah ketika bercakap sesuatu perkara, kerana “tergelincirnya lidah itu lebih tajam daripada tergelincirnya kaki”

PALING POPULAR

To Top