Umum

Mitra kembali ke Kementerian Perpaduan Negara

Gambar Hiasan

Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) yang sedang diselia oleh Jabatan Perdana Menteri akan diletakkan semula di Kementerian Perpaduan Negara.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata unit khas yang dipertanggungjawabkan menangani pembangunan sosioekonomi masyarakat India itu kini dipindahkan ke kementerian asal, selepas program dibetulkan agar lebih telus dan terus kepada golongan sasaran.

Masyarakat tak perlu bimbang kerana peraturan telah ditetapkan, peruntukan diluluskan, dan unit itu masih tertakluk kepada syarat-syarat ketat bagi mengelakkan salah guna kuasa atau penyelewengan.

Mitra pada asal penubuhannya dikenalkan sebagai unit khas Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC) pada 2014 dan dijenamakan semula pada 2018.

Bulan lepas dilaporkan pengurusan Mitra menerima penarafan berisiko ‘rendah’ oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi 2023.

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Khas Mitra, R Ramanan, dipetik sebagai berkata penarafan itu “permulaan baik” untuk unit yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, persepsi masyarakat terhadapnya tidak begitu baik susulan beberapa kes yang dibawa ke mahkamah.

PALING POPULAR

To Top