Umum

Mof bantu realisasikan idea belia

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, mempelawa orang ramai untuk berkongsi idea mereka bagi Bajet 2022.

@tzafrul_aziz

Anda ada idea untuk Bajet 2022? Rakam dan upload ke TikTok! #KeluargaMalaysia #MYInclusiveBudget #Bajet2022 #fyp #foryoupage

♬ original sound – Tengku Zafrul Aziz – Tengku Zafrul Aziz

Ia bertujuan bagi usahanya untuk menambah baik proses penyediaan bajet tahunan, Kementerian Kewangan (MoF) bersetuju untuk menerbitkan Kertas Konsultasi Awam (KKA).

Menurut beliau, “Sebagai langkah permulaan, empat kertas konsultasi awam akan diterbitkan untuk mendapatkan input kepada Bajet 2022.”

“MoF yakin penerbitan KKA buat kali pertama ini akan menyediakan lebih banyak peluang kepada semua pihak berkepentingan untuk memberi maklum balas masing-masing ke arah perangkaan sebuah bajet yang memenuhi keperluan rakyat serta selaras dengan dasar dan objektif negara,” katanya.

Soalan atau keperluan maklumat lanjut boleh dikemukakan kepada [email protected]. KKA boleh dimuat turun dan maklum balas boleh dikemukakan melalui laman web www.mof.gov.my. selewat-lewatnya pada 5.00 petang, 15 Sept 2021.

PALING POPULAR

To Top