Politik

MoU kerajaan dan pakatan harapan yang perlu anda tahu!

Baru-baru ini kerajaan Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan kesepakatan antara kerajaan dengan pihak pembangkang.

MoU ini juga adalah satu persefahaman dan tekad demi rakyat yang telah diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ianya adalah sebulah legasi.

Menurut, Ketua Penerangan ARMADA Malaysia, Ashraff Mustaqim  berkata, “mengapa ia dikatakan sebuah legasi?

“Kerana jelas jika dilihat di fasal tujuh, khususnya fasal 7.1 bahwa apa-apa perbincangan atau hal-hal yang tertakluk berkait dalam MoU yang telah diwartakan baru-baru ini tidak tertakluk kepada persetujuan sama ada secara lisan atau bertulis yang telah diperbincangkan sebelum ini.”

Katanya lagi, “maka jelas disini, biarpun ianya hanya satu persafahaman baharu yang telah dipersetujui oleh segenap sama ada pihak kerajaan mahupun pembangkang”

Kalau kita dapat lihat MoU ini adalah satu jalan untuk memastikan kesepaduan, kesejahteraan dan memastikan negara ini tidak akan diganggu atau tergugat dalam tempoh menyelesaikan kadar Covid-19 secepatnya,

Tambahannya lagi, perkara yang positif kita dapat lihat dari kesinambungan MoU yang telah ditandatangani antara kedua pihak.

“Apabila Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob telah melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN)”

“Ini adalah satu kesinambungan dinamik masa yang akan memastikan segala agenda yang telah dipelopori oleh Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan gandingan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri dengan sama-sama persetujuan tekad demi rakyat yang telah disepakati oleh pihak Pakatan Harapan (PH)

“Insha Allah, akan memastikan agenda-agenda transformasi yang sememangnya pernah ditawarkan antaranya reformasi pentadbiran, perubahan dari segi badan kehakiman, parlimen, dan juga beberapa aspek lain untuk memastikan negara ini mencapai satu perubahan yang lebih baik” ujarnya.

13 September menjadi detik bersejarah apabila Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang berlangsung di Dewan Bankuet, Parlimen.

PALING POPULAR

To Top