Umum

Muhyiddin akan terus membantu peniaga kecil dibawah MPN

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru sahaja dilantik menjadi Menteri Pemulihan Negara telah meluangkan masa berkunjung ke kawasan perniagaan di Setapak Jaya. Ia bertujuan memastikan sektor dan peniagaan kecil terus dibantu dalam setiap perancangan Kerajaan membawa negara keluar dari kemelut ekonomi kesan daripada pandemik Covid-19.

Selepas tinjaun, bekas Perdana Menteri itu berkata, ruang yang luas perlu diberikan kepada mereka untuk menjalankan perniagaan, seiring hasrat kerajaan memastikan rakyat terus berupaya menjana pendapatan.

“Alhamdulillah, saya merasa amat gembira apabila rata-rata peniaga yang ditemui menyatakan kehidupan mereka kembali bersinar melalui kebenaran menjalankan perniagaan yang diberikan kerajaan.

‘’Saya juga bangga melihat SOP diamalkan oleh para peniaga dan juga pembeli, yang kesemuanya memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal dalam berurusniaga,’’ katanya melalui catatan dalam Facebook beliau selepas meninjau kawasan perniagaan di Setapak Jaya.

Tambahanya lagi, “Saya amat menghargai usaha DBKL yang memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai dalam tempoh ditetapkan di sekitar bandar raya tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Beliau juga berharap ruang yang luas perlu diberikan kepada usahawan dan peniaga kecil ini untuk menjalankan perniagaan, seiring hasrat Kerajaan memastikan mereka terus berupaya menjana pendapatan.

Beliau gembira apabila rata-rata peniaga sudahpun menerima sekurang-kurangnya satu suntikan dos vaksin. Selain itu, beliau turut menghargai usaha DBKL yang memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai dalam tempoh ditetapkan di sekitar bandar raya tanpa dikenakan sebarang bayaran.

‘’Mari kita doakan yang terbaik untuk negara kita yang tercinta dan rakyat Malaysia yang bertungkus lumus berusaha dan bekerja menjana pendapatan di mana sahaja anda berada. Moga anda dan kita sentiasa dilindungi-Nya,’’ katanya.

PALING POPULAR

To Top