Umum

Muhyiddin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional Mulai 1 Januari 2026

Tan Sri Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional Mulai 1 Januari 2026

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, bekas Perdana Menteri itu merakamkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan PN atas sokongan yang diberikan sepanjang tempoh beliau menerajui gabungan berkenaan sejak penubuhannya kira-kira lima tahun lalu.

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada barisan kepimpinan PN serta parti-parti komponennya.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin dan bertarikh 30 Disember 2025.

Setakat ini, tiada pengumuman dibuat berhubung pengganti beliau sebagai Pengerusi Perikatan Nasional.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top