Buletin

Muhyiddin menyifatkan perang terhadap Covid-19 bukan sesuatu yang mudah, tapi penting untuk terus cegah!

Peperangan memerangi Covid-19 ini bukanlah sesuatu yang mudah. “Ia lebih teruk daripada peperangan”, itu adalah ungkapan yang dikatakan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditemu bual oleh berita N UAE.

Beliau yang dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada March 2020, sejurus sahaja pandemik Covid-19 menyebar keseluruh dunia begitu cepat, dengan peningkatan kes yang semakin tinggi saban hari.

Dalam keadaan yang tidak terkawal ketika itu, beliau telah menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin sehinggakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.

Walaupun beliau hanya dapat mentadbir Malaysia selama 17 bulan, namun impak yang diberikan dalam pengurusan pandemik Covid-19 ini amat ketara.

Beliau yang di wawancara oleh The National dalam temubual itu berkata,

“Pengistirahan darurat ini amat penting, ia sebagai satu jalan penyelesaian dari wabak ini terus menyebar,”

“Beberapa undang-undang khas juga telah digunakan bagi tujuan ini,” ujarnya.

Tambahan beliau “Walaupun ramai orang yang sengsara akibat darurat ini, yang mengatakan ia seperti pergi berperang. Namun, saya mengingatkan mereka ini lebih teruk daripada berperang.

Malaysia merupakan antara negara yang terawal mengekalkan jumlah kes rendah, tapi jangkitan pandemik Covid-19 bagaikan satu liku kehidupan apabila pernah dalam sehari sahaja hampir 21,000 kes harian direkodkan pada awal September 2021.

Muhyiddin juga berkata bahawa wabak ini memerlukan keputusan yang cepat dan yakin untuk mengimbangi perlindungan kehidupan dengan keselamatan ekonomi semasa dalam masa yang agak mencabar ini.

“Setiap negara mempunyai idea mereka sendiri tentang cara menguruskan wabak berdasarkan pengalaman mereka sendiri,” kata bekas perdana menteri itu.

“Mengenai Malaysia, saya mengambil tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dengan mengenakan penutupan negara”.

Walaupun ketika itu, Malaysia hanya mempunyai 300 kes sehari, tapi ia dilakukan kerana bimbang ia akan meningkat.

Menurut beliau lagi, Ia adalah satu keputusan yang drastik tetapi rakyat Malaysia bimbang tentang kesihatan dan kadar kematian yang meningkat saban hari, jadi mereka akur dengan tindakan ini.

“Saya tidak mengatakan saya membuat semua keputusan yang betul. Tetapi penutupan itu telah menelan belanja sebanyak 2.6 bilion ringgit sehari.

“Gabenor bank negara saya berkata jika kita meneruskan penutupan, keseluruhan sistem perbankan Malaysia akan runtuh tapi ini adalah satu keputusan yang kami terpaksa buat.”

Kini, Malaysia sedang menuju ke fasa endemik. Di mana rakyat Malaysia terpaksa akur hidup dengan virus ini.

PALING POPULAR

To Top