Umum

Rakyat menderita, menteri BN bersorak mahu adakan PRU – Muhyiddin

Melalui perkongsian beliau di Facebook hari ini, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin memandang serius akan laporan kajian yang dilakukan oleh Merdeka Centre for opinion reserach pada bulan Disember 2021.

Kajian yang dikeluarkan menunjukkan betapa rakyat Malaysia sedang menderita, ditambah pula dengan kejatuhan nilai ringgit, kenaikan kadar inflasi dan keadaan ekonomi pasca pendemik telah memberi kesan buruk kepada rakyat.

Dalam kajian tersebuk menunjukkan, 12% rakyat Malaysia telah mula mengikat perut dengan makan hanya sekali atau dua kali sehari, 12% tangguh rawatan perubatan dan 31% lewat bayar hutang dan bil kerana ketiadaan wang.

Bukan itu sahaja, kajian dari Mindshare sebuah entiti bukan kerajaan memperlihatkan 61% rakyat Malaysia telah berada dalam kumpulan berpendapatan kebawah (B60), iaitu dengan pendapatan isi rumah dibawah RM5,000 sebulan, selepas pandemik Covid-19 melanda negara.

76% daripada kumpulan ini berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

Menurut beliau, “saya telah menyuarakan kebimbangan saya dan mengemukakan beberapa cadangan MPN kepada kerajaan, termasuk melaksanakan semula moratorium untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana yang terkesan”,

“Banyak juga perakuan yang dikemukan oleh MPN untuk mempercepatkan proses pemulihan ekonomi negara ini termasuk pemulihan dalam sektor pelancongan, permohonan pinjaman dan menyelesaikan isu tenaga kerja”, ujarnya.

Beliau amat kecewa, apabila kerajaan memandang enteng akan proses pemulihan negara ini.

Kajian itu juga mendapati, hanya 35% rakyat berpuas hati dengan prestasi pada Perdana Menteri ketika ini. Ia mencatatkan satu prestasi terburuk terhadap aspek pengurusan ekonomi negara, apabila hanya 18% berpuas hati.

Walaupun beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri, namun beliau tetap bertekad untuk membantu rakyat dengan mengarahkan jentera Perikatan Nasional untuk memberikan pertolong kepada rakyat yang susah.

Ia termasuk dalam mengedarkan bakul makanan kepada mereka yang memerlukan dan menganjurkan Program Jualan Prihatin yang menawarkan harga keperluan harian pada harga murah.

Beliau juga mengharapkan agar, Barisan Nasional (BN) jangan terlalu mendesak atau menekan Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri untuk membubarkan parlimen dengan segara supaya pilihan raya dapat diadakan.

“Saya belum sampai ke tahap mahu mendesak Perdana Menteri untuk membubarkan parlimen, namun sekiranya beliau gagal menguruskan ekonomi dan negara, eloklah pilihan raya diadakan supaya rakyat dapat memilih kerajaan baru yang lebih cekap, prihatian dan bebas rasuah untuk mentadbir”, tegas beliau.

PALING POPULAR

To Top