Umum

Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir sedia bekerjasama bagi memperjuangkan nasib orang melayu

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut baik kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedia bekerjasama dengan PN demi matlamat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam.

Perkongsian Tan Sri Muhyiddin Yassin di Facebook, mengatakan bahawa beliau sedar perkembangan politik di Malaysia ini meletakkan umat Islam dan bangsa Melayu di suatu persimpangan yang getir.

“Maka sebagai seorang Muslim, saya secara peribadi bersedia untuk bekerjasama dengan semua tokoh Melayu dan Islam termasuk Tun Dr Mahathir demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara, ujarnya”.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau sedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

Tambah Tun Mahathir, masyarakat Melayu yang berpecah mengikut politik kepartian mengakibatkan parti politik Melayu sukar untuk memperbetulkan sebarang keadaan.

PALING POPULAR

To Top