Umum

Muhyiddin Yassin kesal kerajaan menarik balik kawalan harga dan subsidi

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluahkan rasa kesalnya kepada kerajaan apabila membuat keputusan untuk menarik balik harga kawalan dan subsidi yang diberikan kepada rakyat.

Walaupun kenaikan harga barang ini berpunca daripada ketidakstabilan politik dunia. Namun, dengan keputusan yang dibuat mampu memberi kesan kepada kenaikan harga dan kos sara hidup.

Sepanjang beliau mentadbir Malaysia, ketika dibawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) beliau tidak pernah lagi membiarkan rakyat terus sengsara, walaupun ketika itu Malaysia sendang dalam tempoh “Lockdown”

Beliau sentiasa mengawal harga makanan atau food security, dan melakukan beberapa inisiatif untuk membendung kos sara hidup meningkat juga menubuhkan ‘Dasar Makanan Negara’ pada 30 April 2020z

Dalam kenyataan beliau di Facebook, beliau selalu Pengerusi MPN  menggesa supaya Jawatankuasa Kabinet tersebut diaktifkan semula dalam usaha memastikan keselamatan makanan terjamin.

Menurut belia, “Saya faham bahawa kawalan harga dan subsidi bukanlah penyelesaian jangka panjang terhadap isu jaminan keselamatan makanan dan kenaikan harga bahan makanan di negara ini,

“Tapi Kita memerlukan suatu penyelesaian jangka panjang yang holistik dengan mengambil kira cabaran dan potensi sektor agro makanan di negara ini”.

Beliau juga telah melakukan rundingan berkenaan isu keselamatan makanan anjuran Institut Masa Depan Malaysia (Institut MASA) bersama barisan pimpinan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang diketuai YBhg Dato Haslina Abdul Hamid, Ketua Setiausaha MAFI serta pakar sektor pertanian yang terdiri daripada pemain industri, ahli akademik dan badan bukan kerajaan.

Perbincangan ini memberi fokus kepada usaha untuk memastikan keselamatan makanan negara terjamin dan cadangan untuk meningkatkan produktiviti hasil pertanian negara.

Tambahan beliau, “kerajaan perlu memberi penekanan yang serius terhadap usaha untuk meningkatkan penyelidikan dan pembangunan dalam sektor pertanian di samping menambahbaik infrastruktur pertanian secara berterusan dan memperluaskan penggunaan precision farming untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negara dengan kos yang rendah”.

Pada masa yang sama, bagi menjamin keselamatan makanan negara, empat pendekatan secara holistik perlu diberi tumpuan iaitu capaian (accessibility), ketersediaan (availability), penggunaan (utilisation) dan kelestarian serta kestabilian (stability & sustainability).

Pendekatan-pendekatan ini mampu memberi penyelesaian jangka masa pendek dan panjang bagi memastikan keselamatan makanan negara terjamin dan harga barang makanan stabil.

Beliau juga, meluahkan rasa simpati akan nasib rakyat ketika ini dan selaku Pengerusi MPN, beliau akan memperjuangkan dan membela nasib rakyat bersama ahli-ahli Majlis Pemulihan Negara.

PALING POPULAR

To Top