Gergasi permainan mudah alih global, Netmarble, kini membuka prapendaftaran global bagi tajuk RPG mudah alih terbaharu mereka, StoneAge: Pet World, yang menjanjikan pengalaman pertarungan haiwan peliharaan prasejarah berskala besar.
Berasaskan IP permainan Stone Age yang cukup ikonik sejak debutnya pada tahun 1999, permainan baharu ini membawakan pendekatan moden tanpa menjejaskan elemen nostalgia yang telah dinikmati oleh lebih 200 juta pemain di seluruh dunia. Dengan grafik bertenaga dan rekaan semula sistem permainan yang intuitif, StoneAge: Pet World dihasilkan khusus untuk memenuhi citarasa pemain mudah alih masa kini.
Dunia Prasejarah Baharu dengan Potensi Besar
Dalam permainan ini, pemain akan menerokai dunia prasejarah yang dipenuhi dengan ratusan haiwan peliharaan unik yang boleh ditangkap, dibela dan dilatih. Matlamat utama? Menjadi Jurulatih Haiwan Peliharaan terbaik, menerusi strategi mendalam dan pasukan pertarungan yang tersusun.
Sistem permainan membolehkan pemain menyusun sehingga enam jurulatih dan 18 haiwan peliharaan, menjadikan 24 unit keseluruhan dalam satu dek pertempuran. Setiap karakter hadir dengan kemahiran tersendiri yang membuka ruang kepada pelbagai kombinasi taktikal dan strategi menarik.
Ciri Klasik Diperbaharui untuk Generasi Baharu
StoneAge: Pet World turut menampilkan elemen klasik dari permainan asal seperti sistem tunggangan, penangkapan haiwan peliharaan serta gaya pertarungan jurulatih-haiwan peliharaan hibrid — semuanya diberikan sentuhan segar dan lebih berdaya saing.
Antara tarikan utama adalah Clans, iaitu sistem komuniti koperatif dalam permainan, dan mod serangan bos epik, Advent Battle, yang membolehkan sehingga 100 haiwan peliharaan bertempur serentak — menjanjikan aksi besar-besaran yang jarang dilihat dalam genre ini.
Prapendaftaran Kini Dibuka
Para pemain di seluruh dunia kini boleh membuat prapendaftaran menerusi laman rasmi permainan, Google Play Store dan Apple App Store. Sebagai ganjaran, pemain yang mendaftar awal akan menerima dua haiwan peliharaan tunggangan eksklusif serta akses kepada semua haiwan peliharaan dalam permainan semasa pelancaran rasmi nanti.
Untuk berita lanjut dan perkembangan terkini mengenai pelancaran StoneAge: Pet World, sila layari laman rasmi Netmarble.
