Otis, syarikat pembuatan, pemasangan dan servis lif dan eskalator yang terkemuka di dunia akan memasang teknologi termaju serta penyelesaian pintar yang menerajukan mobiliti menegak untuk Westin Residence and Hotel by Macrovest Sdn. Bhd. (VST Group), pemaju yang terkemuka di Malaysia.
Otis akan memasangkan 19 unit SkyRise® berkelajuan tinggi (berjalan sehingga 6 meter sesaat), 4unit Gen3™ dan sebuah lif kereta, serta 10unit eskalator Link™.
“Malaysia mengalami urbanisasi yang ketara dan pembangunan infrastruktur yang berkaitan, permintaan terhadap penyelesaian pengangkutan menegak yang cekap dan andal semakin meningkat,” kata Pradeep Nair, Pengarah Urusan, Otis Malaysia.
“Kami berbesar hati kerana dapat berkolaborasi bersama pelanggan jangka panjang kami Macrovest Sdn. Bhd bagi menyediakan sistem lif yang selamat, selesa dan pantas yang akan meningkatkan pengalaman penumpang untuk semua pelawat pada masa akan datang.”
Menjulang 69 tingkat di atas wajah kota Pulau Pinang yang meriah dan Persiaran Gurney yang menghadap laut, Westin Residences akan menempatkan 498 unit residensi dan akan menjadi mercu tanda tertinggi di bandar tersebut. Turut mengiringinya, sebuah hotel 28 tingkat dengan restoran mewah akan menawarkan standard gaya dan kualiti yang luar biasa kepada pengunjung.
