Umum

Orang awam temui objek dipercayai bom lama

Gambar Facebook

Objek yang sebesar tong gas dipercayai bom lama peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui orang ramai di Tampin.

Bilik Gerakan IPD Tampin menerima maklumat daripada orang awam berkenaan penemuan objek tersebut di ladang Jelai, Gemas petang Selasa.

Menurut Timbalan Ketua Polis Tampin Amiruddien Sariman, sejurus menerima panggilan, anggota Balai Polis Gemas bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati objek berkenaan merupakan bom sebesar tong gas, dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua.

“Anggota bertugas segera memasang tali garisan polis bagi memaklumkan lokasi terbabit sebagai kawasan larangan dan bahaya,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata Unit Pemusnah Bom IPK Negeri Sembilan dan IPD Tampin melaksanakan proses pemusnahan bom itu hari Rabu.

“Teknik pemusnahan bom secara ‘low order’ menggunakan ‘vulcan shaped charge’ yang menyebabkan bom akan meletup sehingga menjadi serpihan,” katanya.

 

 

PALING POPULAR

To Top