Buletin

Parkir Paling Mahal Di Dunia Berharga RM600,000

Tempat letak kereta di Hong Kong dijual dengan harga melebihi HK5.18 juta (RM664,200), satu rekod dunia dicatatkan menurut laporan media tempatan.

Mengikut rekod daripada Pejabat Pendaftaran Tanah, ruang parkir yang dijual adalah di tingkat pertama kompleks pangsapuri mewah berhampiran Harbourfront di barat Pulau Hong Kong.

Parkir berukuran 188 kaki persegi (17.5 meter persegi) dibeli Kwan Wai Ming seorang pengarah eksekutif di sebuah firma pelabutan, lapor South China Morning Post.

Ia mendahului rekod HK4.8 juta yang dibayar bagi tempat letak kereta pada Oktober lalu di satu lagi kompleks kediaman mewah.

Jualan itu datang sebulan selepas jutawan Hong Kong membayar AS$3 juta untuk lot komersial utama di pusat perniagaan dan membeli belah dalam satu rekod yang dicatatkan dimana harga hartanah menjadi satu isu politik.

Peniagaan kecil terpaksa ditutup ekoran kenaikan sewa dan ramai penduduk tidak mampu untuk membeli atau memyewa rumah walaupun satu siri langkah oleh kerajaan untuk meredakan harga yang meningkat.

Harga hartanah komersial dan kediaman telah didorong oleh kemasukan wang dari pelabur dan pemaju kaya dari tanah besar China.

Pengkritik juga menuduh kerajaan mempunyai hubungan baik dengan pemaju dan tidak mengutamakan pembinaan rumah awam yang lebih munasabah.

Sumber: Sinar Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top