Politik

PAS setuju guna lambang PN di Melaka

PAS telah bersetuju menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, hari ini.

Ketetapan itu juga mengambil kira pandangan Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang semalam.

“Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung hari ini di Pejabat Agung PAS Pusat sudah meluluskan penggunaan lambang PN pada PRN Melaka.

“Ketetapan ini mengambil kira panduan diberikan Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada 31 Oktober 2021 (semalam), selaras dengan peruntukan Fasal 84 Perlembagaan PAS,” katanya

Sebelum ini, keputusan PAS itu mengundang tanda tanya berkenaan status kerjasama ditawarkan UMNO baru-baru ini yang mensyaratkan PAS menggunakan lambangnya sendiri di Melaka.

Bagaimanapun, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih awal membuat pengumuman pada 26 Oktober lalu bahawa semua komponen PN iaitu BERSATU, PAS dan GERAKAN sepakat untuk bertanding pada PRN Melaka menggunakan lambang PN.

PALING POPULAR

To Top