Sir Michael Gambon, pelakon British-Ireland yang terkenal dengan watak Albus Dumbledore dalam filem “Harry Potter”, meninggal dunia di hospital pada usia 82 tahun.
Gambon terkenal dengan peranannya sebagai Albus Dumbledore dalam filem Harry Potter, yang dimainkannya dari 2004 hingga 2011 di mana beliau menggantikan mendiang Richard Harris.
Selain peranannya dalam Harry Potter, Gambon juga terkenal dalam filem lain termasuk The King’s Speech, Gosford Park, The Wings of the Dove, The Life Aquatic, The Cook, His Wife & Her Lover dan The Thief.
Sepanjang kerjayanya selama 60 tahun, Gambon menerima tiga Olivier, dua Anugerah SAG dan empat Anugerah BAFTA. Dia dinobatkan sebagai kesatria pada tahun 1999 atas jasanya dalam drama.