Umum

Bukit Bendera tersenarai sebagai top 10 “Perangkap Pelancong””

Pulau Pinang terkenal sebagai destinasi yang popular di kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Ia bukan sahaja terkenal sebagai pusat makanan ataupun “food haven” tapi juga terkenal dengan pelbagai tarikan bersejarah dan tarikan semulajadi.

Namun terkini, destinasi popular di utara Semenanjung itu pula terkenal di mata media luar sebagai mempunyai “tourist trap” ataupun perangkap pelancong yang antara terburuk di dunia iaitu Bukit Bendera.

Bukit Bendera yang juga dikenali sebagai Penang Hill adalah antara tarikan yang paling terkenal di negeri itu.

Sebuah ahkbar terkenal di Amerika telah menyenaraikan Bukit Bendera di tangga 9 daripada 100 perangkap pelancong yang terburuk di dunia dan turut menyenaraikan Bukit Bendera sebagai yang terburuk di Asia.

Pada Julai lalu, akhbar harian terkenal USA Today telah menjalankan analisa terhadap 23.2 juta ulasan Google mengenai 500 tarikan pelancong paling popular merangkumi 65 negara di enam benua.

 

 

 

Sumber USA Today

 

PALING POPULAR

To Top