Umum

Pemandu ke Genting Highlands bakal dikenakan tol

Gambar tular di media sosial

Kutipan tol bakal dikenakan kepada pemandu yang membawa kenderaan ke Genting Highland tidak lama lagi.

Media melaporkan kenyataan itu dibuat oleh jurucakap syarikat yang mengendalikan jalan di tanah tinggi itu.

Terdahulu, telah tular di media sosial gambar yang hangat dispekulasikan sebagai pemasangan struktur plaza tol di jalan menuju ke Genting Highland.

Merujuk laporan media, Sin Chew Daily memetik jurucakap Lingkaran Cekap Sdn Bhd, berkata syarikat terbabit akan mengendalikan tol itu, dengan pemandu hanya dikenakan bayaran ketika naik ke Genting Highlands, bukan semasa turun dari tanah tinggi itu.

Bagaimanpun, jurucakap itu tidak dapat memberi pengesahan bila dan berapa kadar tol yang bakal dikenakan.

Tambahnya lagi, Genting Malaysia Bhd telah menjalankan kerja penyelenggaraan jalan di tanah tinggi itu sejak membinanya pada pertengahan tahun 1960-an.

“Lingkaran Cekap bertanggungjawab terhadap jalan di Genting, termasuk menyelenggara cerun, tanah runtuh, membersihkan pokok tumbang, memotong rumput, menyelenggara sistem kumbahan serta lampu jalan, dan paling penting menyelenggara jalan,” ujarnya.

Beliau turut menepis dakwaan kutipan tol pada kadar RM2.50 dan RM3 mulai Jun 2024 kerana lebih banyak perbincangan perlu diadakan sebelum pengumuman rasmi dibuat.

Katanya lagi, kadar tol yang dikenakan akan mengambil kira kos dan kerja penyelenggaraan untuk jalan itu.

Berdasarkan laporan tahunan 2022, Genting memiliki 49.4% kepentingan dalam Lingkaran Cekap.

 

 

PALING POPULAR

To Top