Umum

Pemandu maut lori jatuh cerun

Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terbalik dan jatuh ke dalam cerun ketika menuruni lereng bukit di Kuari Bukit Jerus di sini pada Rabu.

Dalam kejadian jam 11.40 pagi itu, mangsa, Mohd Dali Mohd Yunus, 53, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal berkata, siasatan awal mendapati lori yang dipandu mangsa dalam perjalanan turun selepas mengisi tanah.

“Sampai di lokasi kejadian iaitu satu selekoh ke kiri, pemandu gagal mengawal lori itu menyebabkan kenderaannya ke lereng kanan bukit sebelum terbalik dan jatuh ke dalam cerun.

“Akibatnya, mangsa tersepit dan maut di lokasi kemalangan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Beliau berkata, mayat mangsa yang beralamat di Kampung Serdang Muda, Melor, Kota Bharu itu dihantar ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk bedah siasat.

“Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

*Berita asal di Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top