Sebelum ini, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan banyak penutupan lorong SmarTAG yang ingin di hapuskan dan di ganti dengan RFID.
RFID mula di perkenalkan pada tahun 2018 dan menjalani proses percubaan tapi secara umumnya RFID tidak mendapatan sambutan yang mengalakan walaupun pada mulanya diberikan secara percuma.
Tiba tiba secara mengejut pada tahun lepas ianya muncul semula dengan tindakan drastik untuk di tukar pada SmartTAG. Jelas pada hari pertama di buat kebimbangan rakyat adalah benar apabila berlaku huru hara.
Sistem RFID yang di gunakan oleh Plus terbahagi kepada 2 iaitu Hardware & software dan E-wallet yang berkaitan pembayaran. Hardware & Software yang merupakan punca masalah di bekalkan oleh syarikat SMTrack Sdn Bhd. Syarikat menjalankan perniagaan berkaitan RFID dengan mereka bentuk, mengaktifkan dan mengedar.
Pada 26 Julai 2021 berlaku kejutan di Bursa saham apabila saham syarikat ini melonjak 50% dari 9.5 sen kepada 12 sen dengan jumlah dagangan melibatkan jumlah dagangan 84 juta unit saham. Rupa rupanya pada hari tersebut Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff di lantik sebagai Pengarah Bebas bukan Eksekutif yang juga Menantu Dato’ Sri Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam masa yang sama syarikat ini juga mendapat projek dari Digital National Berhad (DNB) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) dalam 5G Malaysia.
Dalam masa yang sama SMTrack juga di pilih di Malaysia sebagai satu satunya syarikat untuk membuat perancangan, dan memimpin negara dalam reknologi pendigitalan dalam tenologi digital e-wallet melalui telefon bimbit. Secara jelas syarikat SMTrack telah mendapat taraf monopoli dari Kerajaan Makaysia.
Dalam masa yang sama jutawan hartanah Country Height Holding Tan Sri Lee Kim Yew pada 29 Disember 2021 telah mengambil alih 28.5 juta saham dalam SMTrack atau 5.051% pegangan.
Jelas kepada kita tindakan mengantikan SmarTAG ke RFID mempunyai kaitan secara langsung dengan kepentingan politik pihak tertentu. Inilah yang berlaku bila Barisan Nasional (BN) kembali sebagai kerajaan.
Rata-rata netizen tidak menolak akan perubahan teknologi baru yang ingin dibawa. Namun, pelbagai keburukan penggunaannya dari kebaikan.
Apabila SmarTAG boleh digunakan untuk lebih sebiji kereta, tapi tidak bagi penggunaan RFID. Selain itu, pelekat mudah rosak dan menyebabkan kesesakan di plaza tol.
Sumber Facebook: Omar Mat Noor