Umum

Pemimpin DAP gesa kerajaan tarik balik gelaran Tun diterima Dr Mahathir

Kerajaan disaran menarik balik darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang dikurniakan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Gesaan itu dibuat RSN Rayer (PH-Jelutong) selepas mempertimbangkan tindakan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berterusan menyerang dan menghina institusi diraja.

Pemimpin DAP itu turut menggesa Dr Mahathir diambil  tindakan jika berterusannya menyerang dan menghina institusi diraja.

“Saya minta seperti diucapkan Tambun (Anwar Ibrahim) di Istana Negara semalam (kelmarin), supaya Polis Diraja Malaysia tidak berkompromi dan mengambil tindakan terhadap Tun M (Dr Mahathir) kalau berterusan menyerang kerabat diraja.

“Saya juga minta kerajaan pertimbangkan supaya gelaran Tun beliau ditarik balik kalau beliau masih lagi meneruskan serangan-serangan ini,,” kata pemimpin DAP itu.

Rayer mendakwa, menerusi Proklamasi Orang Melayu yang dicanang oleh Dr Mahathir, berkemungkinan bekas perdana menteri itu akan bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) yang sebelum ini telah mengkhinatinya.

Menurut Rayer, kedua-dua mereka cuba menghancurkan negara dengan tidak membenarkan Anwar melaksanakan tugasnya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021, di Dewan Rakyat, pada sesi petang ini.

Sumber: MalaysiaKini

PALING POPULAR

To Top