Umum

Pemimpin UMNO perlu banyakkan bekerja, kurangkan bercakap – Annuar Musa

Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa menasihati pemimpin UMNO agar banyakkan bekerja dan kurangkan bercakap untuk memberi kemenangan kepada parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Kita (pemimpin UMNO) sedang bekerja kuat untuk pastikan kemenangan (PRU15), dan kurangkan bercakap,” kata kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas nasihat Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed yang meminta agar pemimpin UMNO mengutamakan kemenangan parti pada PRU15, berbanding sibuk memikirkan perebutan kuasa dalam parti.

“Pada saya lebih baik kita (pemimpin UMNO) tumpukan kepada bekerja dengan rapatkan saf agar parti ini digemari oleh rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia turut menasihati pemimpin UMNO agar berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan bukannya bergaduh sesama sendiri.

— BERNAMA

PALING POPULAR

To Top