Umum

Pengarah Urusan MAHB melepaskan jawatan

Malaysia Aiports (MAHB) mengumumkan Datuk Seri Iskandar Mizal Mahmood akan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Urusan pada 24 Oktober 2023 setelah menggalas tanggungjawab jawatan itu sejak Oktober 2021.

MAHB dalam satu kenyataan, berkata sepanjang tempoh dua tahunnya, Iskandar Mizal telah berjaya menerajui beberapa aliran transformasi yang menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan kumpulan.

Aliran transformasi ini menyebabkan trajektori MAHB ke arah pemulihan kewangan daripada impak global pandemik.

“Lembaga MAHB ingin merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri iskandar atas perkhidmatan dan kepimpinya sepanjang tempoh bersama Malaysia Airports,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama, MAHB turut mengumumkan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Mohamed Rastam Shahrom akan mengambil alih tanggungjawab sebagai pemangku ketua pegawai eksekutif kumpulan berkuatkuasa 25 Oktober 2023.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top