Umum

Pejabat firma guaman mewakili Muhyiddin Yassin diserbu

Dilaporkan SPRM menyerbu sebuah firma guaman yang mewakili seorang mantan Perdana Menteri pada hari Jumaat.

Perkara tersebut yang kini tular di media menyatakan firma guaman yang telah diserbu adalah firma Rosli Dahlan Saravana Partnership (RDS) yang mewakili Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut laporan, seorang sumber dalam firma itu berkata “Ya, firma kami diserbu pegawai SPRM pada pagi tadi, tetapi saya tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut.”

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan seramai 12 pegawai SPRM terbabit dalam serbuan itu.

Sumber portal itu mendakwa pegawai SPRM menuntut hak menggeledah dan merampas dokumen firma yang diserbu mereka.

 

 

 

PALING POPULAR

To Top