Umum

Pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse ditahan polis

Polis menahan pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang wanita didakwa menghina agama dalam satu persembahan komedi yang tular baru-baru ini.

Menurut Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ketika hadir untuk memberikan keterangannya.

“Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun di sekitar Lembah Klang bagi membantu siasatan mengenai penularan dua klip video di sebuah kelab komedi, yang menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman.

“Siasatan dijalankan di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” jelas Noorsiah dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada 15 julai 2022 (Jumaat) bagi melengkapkan proses siasatan.

Kertas siasatan polis akan dirujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya setelah siasatan dari segala sudut selesai dijalankan.

Siasatan masih dijalankan dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan kenyataan yang boleh mengganggu siasatan.

Terdahulu, tular video berdurasi 54 saat memaparkan seorang wanita berpakaian sopan menanggalkan tudung dan pakaian ketika membuat persembahan stand up comedy (komedi solo) di sebuah kelab di TTDI, Kuala Lumpur.

Susulan insiden berkenaan, wanita berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya pada 9 Julai lalu manakala teman lelakinya turut ditahan pada 10 Julai lepas.

PALING POPULAR

To Top