Umum

Peniaga makanan laut di Tebrau dikompaun

Gambar Hiasan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sudah mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,500 kepada peniaga makanan laut di Tepian Tebrau selepas tular menjual makanan dengan harga yang terlalu mahal.

Menurut Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, kompaun tersebut dikenakan atas 2 kesalahan, iaitu tidak meletakkan tanda harga (RM500) dan terdapat unsur pencatutan iaitu menjual pada harga tidak munasaba (RM1000).

Fuziah berkata, apa yang berlaku itu seharusnya dijadikan pengajaran buat kedua-dua pihak iaitu peniaga perlu berniaga dengan telus manakala pengguna perlu tahu harga produk atau makanan yang dibeli mereka.

Jelas beliau, pengguna mempunyai hak untuk tahu harga sebelum makan atau pun membuat sebarang pembelian.

Tambah Fuziah, tindakan kompaun tersebut tidak bertujuan sebagai hukuman kepada peniaga sehingga menyebabkannya menutup perniagaan sebaliknya sebagai pengajaran kepada semua pihak.

Oktober lalu, isteri kepada penyanyi Mawi, Ekin Rahmat meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan mendakwa harga yang dikenakan sebuah kedai di medan selera Tepian Tebrau itu terlampau mahal iaitu berjumlah RM1,260.

Namun begitu, pemilik premis tersebut dalam satu video balas memberi penjelasan berhubung harga dikenakan dan memaklumkan harga itu adalah untuk hidangan dipesan seramai 20 orang.

Dia turut memperincikan setiap butiran hidangan yang dipesan Ekin sebagai justifikasi terhadap harga berkenaan.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top