Umum

Peniaga tak perlu bayar lesen berkuat kuasa serta-merta jika PN menang esok

Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini sekali lagi menegaskan bahawa sekiranya Perikatan Nasional (PN) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok, semua lesen perniagaan akan dimansuhkan serta-merta.

Menurutnya bangsa Johor boleh berniaga di mana-mana sahaja tanpa perlu membayar lesen yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan dalam tempoh lima tahun.

Dengan tegas Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional berkata:

“Dan kerana waktu sekarang ni waktu dalam proses pemulihan. Dalam manifesto (PN) ini kita kata bila kita terpilih, tak perlu nak bayar lesen lagi dah… lesen yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan tak payah bayar… selama lima tahun kita janji di situ.

“Beniagalah di mana-mana. Asal jangan di tengah jalan nanti dilanggar lori. Berniaga mana-mana tempat kawasan yang ada digunakan jangan dikenakan lesen.

Tapi jaga keselamatan dan jaga kesihatan.

“Kita (PN) janjikan begitu. Apa UMNO dan BN janji? Apa UMNO dan BN janji menolong orang-orang kecil yang nak berniaga cari wang seringgit dua ringgit sehari ni. Apa dia? Tak ada?

“Saya janji dan saya insya-Allah akan tunaikan. Besok malam bila isytihar menang mulai daripada tarikh itu, jangan bayar lesen apa-apa pun.”

Mengenai Felda, Muhyiddin berkata PN berjanji akan membina lebih banyak rumah kepada anak generasi kedua.

“Bila kita dah tulis hitam putih di sini besok menteri besarkan perdana menteri kata kami nak buat rumah alah kita dah cakap dulu lah dia baru cakap… tapi serius… kerana saya masuk ke rancangan tanah Felda antara isu pokok yang dibangkitkan mereka ialah soal rumah untuk generasi kedua,” katanya.

Menurut bekas Perdana Menteri itu PN berjanji sekiranya esok menang dan membentuk kerajaan negeri yang baharu, kerajaan akan memberi tapak untuk membina rumah itu dengan bayaran premium RM1 sahaja.

Muhyiddin berkata beliau juga telah menghapuskan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion dan sekali gus itu menunjukkan keprihatinan PN terhadap masalah hidup rakyat.

PALING POPULAR

To Top