Umum

Pensyarah disiasat polis dipercayai sebar video tidak senonoh bekas suami

Gambar Hiasan

Polis menahan seorang pensyarah wanita dipercayai untuk siasatan berhubung penyebaran video tidak senonoh melibatkan bekas suaminya, pada Khamis.

Menurut laporan Sinar Harian, penahanan pensyarah berusia 40-an itu dibuat susulan laporan polis dibuat bekas suaminya berusia 60-an yang bergelar Datuk di Balai Polis Ampang, 28 April lalu.

Difahamkan perkara ini disahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan ketika dihubungi pihak Sinar.

Tambahnya, pensyarah terbabit dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top