Umum

Penyebaran mesej, video lucah ganggu siasatan kes pendakwah

pendakwah terkenal sewajarnya diserahkan kepada polis dan bukan disebarkan di media sosial.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, perbuatan menyebarkan bukti dan maklumat itu jelas mengganggu proses siasatan polis ke atas pendakwah terbabit yang kini masih berjalan.

“Kita buka satu kertas siasatan berhubung penyebaran video dan mesej lucah berkenaan kerana ia mengganggu siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan pendakwah terbabit.

“Kita minta orang ramai di luar sana agar menghormati siasatan yang kini sedang dijalankan secara lebih terperinci pihak polis.

“Patuhilah undang-undang kerana kita tidak mahu kenyataan yang disebarkan itu mengganggu siasatan kes yang sedang berjalan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya memohon orang ramai yang mungkin mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan supaya tidak menyebarkannya di media sosial.

“Hantar terus kepada polis bagi membolehkan kita melengkapkan kertas siasatan (ke atas pendakwah) seterusnya merujuk kertas siasatan ke Pejabat Peguam Negara.

“Pihak polis berharap perkara ini diambil maklum dan difahami oleh semua pihak yang mempunyai maklumat,” katanya.

PALING POPULAR

To Top