Politik

PKR Timbang Gantung 9 Ahli Parlimen Desak RCI Badan Kehakiman

Gambar Fuziah Salleh

Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini sedang meneliti gesaan untuk menyiasat serta menggantung keahlian sembilan Ahli Parlimen selepas tindakan mereka mengadakan sidang media mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu badan kehakiman negara.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, berkata pejabatnya telah menerima laporan rasmi dan akan membentangkannya dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang dijadualkan berlangsung dalam tempoh dua minggu lagi.

“Gesaan tersebut sudah sampai kepada saya, dan Pejabat Setiausaha Agung akan meneliti dan mengambil tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Fuziah, laporan tersebut akan dikaji mengikut kod tata etika parti untuk menentukan sama ada tindakan kesemua Ahli Parlimen berkenaan melanggar peraturan parti.

Terdahulu, bekas Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli bersama lapan Ahli Parlimen lain tampil mendesak kerajaan menubuhkan RCI dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) bagi menyemak pelantikan kehakiman.

Semalam, 19 Ketua Cabang PKR Johor dan 11 Ketua Cabang PKR Kedah turut menggesa agar siasatan tatatertib dilakukan, termasuk menggantung keahlian sembilan Ahli Parlimen tersebut sementara waktu.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top