Umum

Planetarium Negara beri peluang orang ramai lihat planet Zuhal, Musytari serta gerhana bulan separa

Gambar Hiasan

Planetariun Negara telah menganjurkan aktiviti pencerapan pada Sabtu malam, memberi peluang kepada orang ramai menyaksikan planet Zuhal dan Musytari serta fonemena gerhana bulan separa.

Dilaporkan media pengunjung mula hadir seawal 9 malam untuk menyaksikan kedua-dua planet itu menerusi 8 teleskop yang disediakan, bagaimanapun susulan keadaan langit yang berawan, planet tersebut hanya mula terlihat pada sekitar jam 1230 malam.

Aktiviti seterusnya pada malam itu ialah aktiviti pencerapan melihat fenomena gerhana bulan separa yang mula kelihatan sekitar jam 3.30 pagi.

Menurut Pegawai Sains Planetarium Mohd Zamri Shah Mastor, gerhana bulan separa yang bermula dari 3.35 hingga 4.52 pagi berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang bumi.

Beliau menerangkan, “pencerapan gerhana bulan separa berlaku dari 2 hingga 6.26 pagi. Bagaimanapun pada 3.35 pagi barulah kesan gerhana itu nampak pada permukaan bulan,”

Kira-kira 12 peratus bahagian permukaan bulan kelihatan gelap dan ia berlaku maksimum pada pukul 4.52 pagi,” katanya kepada Bernama.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top