Umum

UPSR tidak akan dikembalikan

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan dikembalikan sungguhpun terdapat permintaan daripada ibu bapa yang mahukan perperiksaan itu dilaksanakan semula.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) pada masa ini memberi tumpuan kepada kurikulum 2027 menerusi jelajah atau jerayawara untuk mendapatkan pandangan umum mengenai kurikulum persekolahan yang baharu.

“Sekarang ini kita nak beri tumpuan kepada pentaksiran holistik kepada anak-anak kita khususnya pembangunan mereka secara keseluruhan bagi memastikan mereka boleh diperkukuh,” katanya.

UPSR mula dimansuhkan sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan pada 28 April 2022, diikuti oleh Pentaksiran Tingkatan 3 pada tshun yang sama.

Selaras dengan pemansuhan berkenaan, Menteri Kanan Pendidikan ketika itu, Datuk Dr Mohd Radzi Mohd Jidin berkata, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk mengukur pencapaian murid dan pelajar terbabit.

 

PALING POPULAR

To Top