Umum

PM Thailand nafi dakwaan amalkan nepotisme

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha menafikan dirinya mengamalkan nepotisme selepas pihak pembangkang mendakwa anak saudaranya terlibat dalam pembidaan projek-projek perolehan negara itu.

Portal berita Bangkok Post melaporkan, Prayut mengetepikan dakwaan berkenaan sewaktu perbahasan umum di Parlimen pada Rabu dengan mengatakan semuanya ‘diserahkan kepada sistem keadilan’.

“Untuk sebarang dakwaan tentang salah laku, biarkan sistem kehakiman yang mengambil tindakan.

“Tolong berhenti mengaitkan nama saya dengan saudara-mara saya. Saya tidak pilih kasih pada sesiapa… Kenapa anda tidak sibuk mahu bercakap tentang korupsi sewaktu pentadbiran kerajaan sebelum ini?” ujar Prayut.

Tambahnya, terdapat usaha untuk mengeksploitasi isu itu sebagai kempen pilihan raya bagi memancing undi.

“Satu siasatan akan dijalankan… saya pastikan bahawa saya tidak memandang remeh akan hal ini.

“Saya menggesa anda hormati sistem keadilan. Jika anda temui sebarang perkara yang meragukan, sila failkan aduan dengan pihak polis,” tegasnya.

Beliau memberi maklum balas itu selepas Ahli Parlimen Parti Pheu Thau, Jiraporn Sinthuprai, mengheret nama anak saudara Prayut ke dalam perbahasan di Parlimen.

Jiraporn mendakwa, anak saudara Prayut diberikan keistimewaan menubuhkan dan menjalankan syrikat pembinaan di tapak Kem Somdet Phra Eka Thotsarot di Phitsanulok.

Bagaimanapun, syarikat itu telah berpindah dari kem tentera tersebut pada November 2016, selepas menerima kritikan umum.

Tambah Jiraporn, siasatan sumbernya mendapati syarikat itu menanggung kerugian sepanjang operasi antara tahun 2012 dan 2013, namun masih diberikan tiga lagi projek pembinaan bernilai 28 juta Baht (RM3.6 juta) pada tahun 2014.

Sumber: Agensi

PALING POPULAR

To Top