Buletin

Polis siasat kejadian Al-Quran dibakar di Kluang

Polis sedang menyiasat kejadian senaskah al-Quran yang dibakar dan dijumpai di Tasik Taman Sri Impian, dekat sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Low Hang Seng berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang menjumpai senaskah al-Quran yang dibakar dan hanya tinggal cebisan ayat sahaja ketika sedang bersenam di tasik berkenaan, pada pukul 8.48 pagi.

“Pihak polis sedang giat menjalankan siasatan kes ini dari pelbagai sudut dan menasihatkan orang ramai untuk tidak mensensasikan atau membuat sebarang spekulasi, agar tidak menimbulkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh melaporkannya di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerusi talian 07-7784 222.

— BERNAMA

PALING POPULAR

To Top