Umum

Polis Sibu cekup 17 kaki sabung

Polis Sibu menahan 17 individu berusia antara 19 dan 75 tahun kerana disyaki terlibat dalam aktiviti sabung ayam di sini pada Ahad.

Kesemua suspek diberkas sekitar jam 3 petang ketika sepasukan anggota siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menjalankan serbuan di kawasan tanah lapang Jalan Bukit Penyau.

Perkara itu dimaklumkan Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata dalam satu kenyataan hari ini.

“Beberapa barang kes turut dirampas termasuk empat ekor ayam hidup, dua ekor ayam mati, tiga bilah taji ayam dan satu unit alat penimbang elektronik,” katanya.

Mancha berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan dan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962.

Sumber: Awani

PALING POPULAR

To Top