Umum

Polis tahan buruh disyaki merogol pelajar tingkatan 4

Gambar Hiasan

Polis telah menahan seorang buruh warga tempatan kerana disyaki merogol seorang pelajar perempuan Tingkatan 4 awal bulan Januari.

Dilaporkan media, suspek lelaki berusia 18 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian yang berlaku di rumah mangsa itu.

Menurut Ketua Polis Kemaman Hanyan Ramlan, mangsa memberitahu kakaknya tentang kejadian sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Chukai pada 1.20 pagi tadi.

“Sebaik menerima laporan, polis menahan suspek di tepi jalan kira-kira 1.30 pagi tadi,” katanya

Sehubungan itu, kata Hanyan, pihaknya turut menahan bapa tiri mangsa yang dipercayai dalang kejadian tersebut.

Lelaki berusia berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira 2 pagi tadi di rumah mangsa.

Hanyan berkata, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman esok untuk dapatkan perintah tahanan reman.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

PALING POPULAR

To Top