Gaya Hidup

‘Jom Laju For Fun!’ – Pos Malaysia Run 2025 Kembali Dengan Hadiah Tunai Hampir RM10,000

KUALA LUMPUR:
Pos Malaysia Berhad kembali dengan acara larian tahunan Pos Malaysia Run 2025, kali ini membawa tagline segar ‘Jom Laju For Fun!’ dengan fokus membina komuniti sihat dan mempromosi gaya hidup hijau.

Selepas kejayaan edisi sulung pada 2024 yang menarik lebih 3,500 peserta, acara edisi kedua ini dijangka lebih meriah dengan pelbagai kategori baharu dan hadiah tunai hampir RM10,000 untuk pemenang.


Larian, Hadiah Tunai & Kategori Korporat

Acara tahun ini memperkenalkan 10km Corporate Relay Run (5km x 2 peserta) — direka khas untuk menggalakkan aktiviti sihat di tempat kerja dan semangat berpasukan.
Selain itu, peserta juga boleh sertai kategori 10km (Men Open, Women Open, Men Veteran, Women Veteran) dan 5.8km Fun Run secara individu atau berkumpulan (minimum umur 5 tahun).


Venue Bersejarah & Usaha Hijau

Larian akan diadakan pada Sabtu, 22 November 2025 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, lokasi bersejarah di mana kemerdekaan negara diisytiharkan pada 1957 — memberikan suasana simbolik bagi meraikan perpaduan, warisan dan kelestarian.

Menariknya, Pos Malaysia mengekalkan komitmen hijau dengan:

  • Medal penamat diperbuat daripada bahan kitar semula.
  • Pek larian dihantar terus ke rumah peserta menggunakan van & motosikal elektrik Pos Malaysia.
  • Penggunaan basikal elektrik untuk marshal pada hari acara.

Yuran, Diskaun & Pendaftaran

Yuran penyertaan bermula RM75 (10km) dan RM65 (5.8km), dengan diskaun RM10 bagi penyertaan awal sehingga 31 Julai 2025. Semua peserta layak menerima medal penamat, e-sijil, beg lari (dengan baju & goodies), dan perlindungan insurans peribadi.

Pendaftaran dibuka di RaceXAsia sehingga 19 Oktober 2025.


Terbuka Untuk Penajaan

Pos Malaysia turut membuka peluang kepada syarikat yang berminat untuk tampil sebagai rakan penaja dengan sumbangan tunai antara RM20,000 hingga RM100,000, atau sokongan secara in-kind.


Untuk maklumat lanjut, layari www.pos.com.my atau daftar segera di RaceXAsia.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top