Pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang melibatkan 39,269 pengundi telah mencapai peratusan keluar mengundi seramai 32.51% setakat 12 tengahari.
Kesemua 18 pusat mengundi yang dibuka pada jam 8 pagi akan tutup pada jam 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, yang melibatkan hanya 40 pengundi akan ditutup pada jam 2 petang.
Pengumuman keputusan rasmi dijangka dibuat pada jam 10 malam dengan penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan persaingan 4 penjuru antara calon Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (bebas).