Umum

World Breaking Classic Malaysia 2024: Pertarungan Hebat Antara Negara Atlet Breakdance Di Malaysia

Ahad lalu, bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur telah diadakan pertandingan ‘World Breaking Classic Malaysia 2024’.

Pertandingan ini telah dihadiri lebih 320 perserta dari 14 negara dalam mencari atlet yang bakal berentap di pertandingan akhir WBC, Taiwan.

Antara kategori yang dipertandingankan dalam pertandingan ini 2 vs 2 Breaking, 2 vs 2 Openstyle, dan 1 vs 1 Under 18 Openstyle.

Salah satu momen kemuncak dalam pertandingan ini adalah kemenangan Legosam dari Malaysia dan Cassavaz dari Indonesia dalam kategori 2 vs 2 Breaking, yang bakal menghantar mereka untuk mewakili Malaysia di final Asia di Taipei, Taiwan.

Di kategori lainnya, OPG Crew dari Malaysia meraih kemenangan dalam 2 vs 2 Openstyle, sementara Richi dari Indonesia menjadi juara dalam 1 vs 1 Under 18 Openstyle.

Pertandingan WBC, Kuala Lumpur ini memperlihatkan dedikasi para penari, dan kekuatan komuniti breakdance di Asia. Dengan semakin berkembangnya populariti breakdance di seluruh dunia, pertandingan seperti World Breaking Classic Malaysia 2024 menjadi penting dalam memperkuat hubungan antara negara dalam memupuk semangat persaingan yang sehat dalam industri ini.

Dengan demikian, pertandingan ini tidak hanya menjadi panggung bagi bakat-bakat terbaik dalam breakdance, tetapi juga sebagai platform untuk mempererat ikatan antara para penari dari pelbagai negara, serta mempromosikan pertukaran budaya dan persahabatan.

PALING POPULAR

To Top