Umum

PRU tahun ini menyusahkan rakyat – Muhyiddin

SEMUA menteri dan Ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) telah diminta mempertegaskan pendirian gabungan itu bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak wajar diadakan pada tahun ini.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian itu memandangkan Monsun timur laut akan bermula tidak lama lagi dengan banjir dijangka melanda negara terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur.

Anggota Jemaah Menteri daripada parti Perikatan Nasional telah diminta menegaskan pendirian ini dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Semua Ahli Perikatan Nasional juga diminta mengambil pendirian yang sama,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin menyifatkan, langkah mengadakan pilihan raya semasa musim banjir tentunya akan menjejaskan perjalanan pilihan raya di samping menyusahkan rakyat.

“Kerajaan mestu memberi fokus kepada persiapan menghadapi musim banjir di samping terus memberi tumpuan kepada usaha mempercapatkan proses pemulihan negara pasca pandemik,’’ katanya

Beliau berkata, rakyat sedang terbeban dengan masalah inflasi, kenaikan harga barang dan kejatuhan nilai ringgit di samping proses pemulihan negara yang masih perlahan.

“Penyelesaian kepada permasalahan ini mesti diberikan tumpuan sepenuhnya oleh kerajaan terutama menerusi Bajet 2023,’’ katanya.

Hari ini juga Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang turut menegaskan Pas berpandangan pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat adalah tidak wajar dan tidak perlu disegerakan.

Beliau menegaskan, ia mengambil kira faktor pemulihan ekonomi dan jangkaan musim tengkujuh yang menyukarkan rakyat serta jentera kerajaan.

“Pas berpendirian dalam apa jua keadaan, kepentingan negara dan rakyat hendaklah didahulukan, di samping langkah-langkah pemulihan ekonomi yang perlu terus disokong, khususnya melalui Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan,’’ katanya

Sumber: Satu Berita

PALING POPULAR

To Top