Business

Pusat Beli-belah Toppen Memeriahkan Sambutan Aidilfitri dengan Lanjutan Masa Operasi & Kempen Eksklusif Surrr~Prize Raya

Buat julung kalinya, Pusat Beli-belah Toppen akan memanjangkan masa operasinya di bulan Ramadhan ini. Sebagai sebahagian daripada kempen Surrr~Prize Raya, Toppen menawarkan keseronokan membeli-belah dengan promosi eksklusif, inisiatif menarik untuk komuniti, dan festival yang gilang-gemilang untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

Toppen akan menyambut pengunjung sehingga tengah malam pada 28 dan 29 Mac, memberikan lebih banyak masa dan kemudahan untuk menikmati tawaran hebat, aktiviti perayaan, dan kejutan menarik. Antara penyewa yang akan mengambil bahagian termasuk IKEA, Decathlon, Max Fashion, Romantika dan banyak lagi. Lanjutan waktu operasi ini menekankan komitmen pusat membeli-belah ini dalam mewujudkan ruang yang dinamik dan inklusif, di mana setiap kunjungan menjadi satu pengalaman yang penuh kegembiraan.

“Toppen bukan sekadar pusat membeli-belah, kami percaya bahawa mencipta pengalaman bermakna adalah penting untuk para pengunjung kami. Dengan melanjutkan waktu operasi dan melancarkan kempen Raya terbesar, kami membawa komuniti bersama-sama untuk meraikan dengan cara yang menyeronokkan dengan lebih banyak ganjaran dan inklusif. Kami teruja untuk menyambut keluarga dan rakan-rakan bagi menikmati detik istimewa di Toppen pada musim perayaan ini,” kata Sergey Aristarkhov, Pengurus Besar Pusat Beli-belah Toppen.

Kempen Raya Surrr~Prize Bakal Menggegarkan Toppen dengan Kejutan Hebat!

Dengan sokongan Tourism Malaysia, Toppen akan melancarkan kempen Raya Surrr~Prize secara rasmi di Aras 1, Atrium Utama dengan acara melepaskan belon yang penuh keterujaan! Ribuan belon akan dilepaskan bersama e-baucar Toppen dan baucar tunai dari pelbagai jenama untuk memberi lebih nilai kepada pengunjung Toppen. Pengunjung yang bertuah akan memenangi peralatan urut mewah. Jangan lepaskan peluang untuk sertai sambutan 2 hari ini, dimana terdapat juga:

  1. Pemberian Percuma Happy Hour: Jadilah ahli TOPP Club dan tebus e-baucar bernilai RM20 tanpa perbelanjaan minimum! Penebusan bermula pada jam 6 petang di Aras 1 Kaunter Pertanyaan dan terhad kepada 1,000 pelanggan terawal. Antara penyewa yang mengambil bahagian termasuklah Decathlon, Sports Direct, Max Fashion, dan banyak lagi.
  2. Meet & Greet bersama Iman TroyeNaim Daniel, dan Zubir KhanBintang popular MalaysiaIman TroyeNaim Daniel dan Zubir Khan bakal menghangatkan pentas dengan persembahan istimewa pada 28 Mac, jam 9.30 malam diikuti dengan sesi eksklusif meet & greet di Aras1, Atrium Utama.
  3. Diskaun Eksklusif: Nikmati diskaun sehingga 15% di kedai terpilih – di mana inilah masa yang tepat untuk membeli kelengkapan menyambut Aidilfitri terutamanya di saat-saat akhir! Sama ada anda sedang mencari pakaian Raya, barangan hiasan rumah, atau hendak menikmati sajian yang enak, rebut peluang ini dengan tawaran harga berpatutan dan raikan Hari Raya anda dengan penuh gaya.
  4. Banyak Lagi Tawaran Menarik: Nikmati lebih banyak pemberian percuma! Pengunjung yang memakai warna merah jambu boleh menikmati donut percuma. Bermula jam 10.00 pagi, sesiapa yang berbelanja dengan sebarang jumlah akan menerima tiket wayang percuma – hiburan sempurna selepas membeli-belah! Selain itu, pemegang pasport antarabangsa boleh menebus hadiah misteri percuma bermula jam 8.00 malam. Jangan lepaskan peluang ini!

Tawaran Istimewa Sepanjang Ramadan

Di samping pelancaran berbagai aktiviti sempena musim perayaan ini, Toppen meraikan bulan Ramadan dengan pelbagai promosi istimewa sebagai ganjaran kepada pengunjung yang datang. Terdapat tawaran untuk 2 hidangan utama hanya pada harga RM25 dan 2 minuman dengan harga RM25 pada setiap hari Selasa di kedai Dunkin Donut, Nice Girl dan banyak lagi manakala setiap hari Khamis waktu makan malam di Marrybrown, OldTown White Coffee, JCO Donut dan lain-lain kedai. Tawaran istimewa ini membuka peluang untuk keluarga dan rakan-rakan berkongsi hidangan enak dengan nilai hebat.

Bagi yang ingin melengkapkan persiapan Raya, Fashion Happy Hour setiap Sabtu, dari 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang yang menawarkan potongan hebat untuk persalinan baju Raya, barangan hiasan rumah, dan perabot, bermula daripada RM10 sahaja. Produk yang menjadi pilihan adalah produk dari Decathlon, IKEA, M&B, dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang ini untuk berbelanja dengan lebih jimat dan bergaya.

Toppen terus menghidupkan kemeriahan Ramadan dengan Bazaar Ramadan yang diperluaskan, yang terletak di P1, Indoor EXPO Hall dan kawasan Outdoor Car Park. Dengan lebih 100 pengusaha, pengunjung boleh menikmati pelbagai pilihan hidangan tradisional, minuman menyegarkan, serta koleksi fesyen Raya terkini—menjadikan Toppen destinasi utama untuk persiapan perayaan.Selain membeli-belah, pengunjung boleh merasai pengalaman berbuka di L3, The Topp, di mana ruang makan komuniti yang luas disediakan. Lebih menarik, suasana santai ini dilengkapi dengan tayangan filem percuma di bawah langit malam, menjadikannya tempat yang ideal untuk berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan.

Selaras dengan komitmen terhadap kelestarian, Toppen memperkenalkan inisiatif Raya Recycling Buy Back Centre (RBBC) bagi menggalakkan pengunjung menyumbang ke arah masa depan yang lebih hijau sempena musim perayaan ini. Menerusi program ini, pengunjung yang mengitar semula 10kg kertas dan buku akan menerima e-baucar bernilai lebih RM10,000, menjadikan amalan kelestarian lebih bermakna dan bermanfaat. Dengan mengintegrasikan kelestarian dalam semangat perayaan, Toppen terus mencipta pengalaman bermakna yang memberi manfaat kepada komuniti dan alam sekitar.

Sebagai pusat dan komuniti utama di Johor, Toppen terus memperkukuh kedudukannya bukan sekadar sebagai destinasi beli-belah, tetapi juga sebagai tempat pertemuan dan hab komuniti yang dinamik, di mana setiap kunjungan menjanjikan pengalaman baharu dan luar jangka. Dengan kalendar penuh sepanjang bulan yang menampilkan promosi eksklusif, pengalaman beli-belah yang menguntungkan, serta aktiviti berteraskan komuniti, Toppen mengajak para pengunjung untuk meraikan semangat kebersamaan dan kegembiraan sepanjang musim perayaan ini.

Untuk maklumat lanjut tentang persembahan, aktiviti, promosi, hadiah percuma sepanjang bulan ini, sila layari https://toppen.my atau ikuti kami di laman Instagram dan Facebook.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top