Umum

JDT adakan kerjasama dengan IKEA Tebrau dan Toppen Shoping Centre

IKEA Tebrau dan Toppen Shopping Centre telah mengumumkan kerjasama dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT) atau juga dikenali sebagai Southern Tigers.

Menerusi kerjasama ini, Toppen bakal menjadi destinasi rumah kelab peminat Harimau Selatan yang dikenali sebagai The Topp.

The Topp yang terletak di tingkat atas pusat beli-belah berkenaan bakal dibuka pada awal tahun depan. Rumah kelab ini bakal menampilkan kedai barangan JDT dan ruang khas buat penyokong JDT yang berkumpul di luar stadium.

Toppen sedang dalam usaha untuk menyediakan siaran langsung permainan JDT yang akan menjadikannya sebagai lokasi tunggal di luar stadium dimana peminat JDT berpeluang menyaksikan perlawanan yang sedang berlangsung.

Pada masa sama, IKE Tebrau sedang menyiapakan konsep unik di Stadium JDT membolehkan pengunjung menikmati makanan IKEA kegemaran masing-masing sambil mendapatkan inspirasi perabot rumah.

Pengarah Komersial Ikano Centres, Arnoud Bakker, berkata “sememangnya sukan mempunyai kuasa yang unik dalam menyatukan masyarakat dan memupuk perhubungan, dan inilah sebabnya destinasi kami komited terhadap pembangunan komuniti,”

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan JDT dalam memperkukuh hubungan kami dengan para peminat bola sepak di Selatan Malaysia dan mewujudkan rumah kedua bagi penyokong JDT di Johor Bahru,” katanya.

Pengurus IKEA Tebrau, Tony Vatuiu pula menyatakan pihaknya bersukacita berpeluang menjadikan IKEA Tebrau lebih mudah diakses melalui kerjasama ini.

“Saya benar-benar merasakan bahawa kerjasama antara IKEA Tebrau, Toppen, dan JDT akan menjadi ‘pasukan idaman’ jenama yang digemari ramai,” ujarnya.

Ketua pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards berkata “JDT berasa gembira untuk bekerjasama dengan IKEA Tebrau dan Toppen dalam misi bersama kami untuk menyatupadukan komuniti menerusi sukan”

“Kerjasama ini bukan hanya mengenai perlawanan sukan, malah juga mengenai usaha mencipta rasa kekitaan dan keterujaan untuk para peminat kami,” jelasnya.

Pada awal tahun, IKEA Tebrau dan JDT mengadakan kerjasama eksklusif bersama Toppen untuk menjayakan “Fan Token Launch”.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan semasa acara tersebut termasuk “meet and greet”, penjualan barangan JDT eksklusif, tayangan perlawanan siaran langsung dan pelbagai lagi aktiviti bertemakan bola sepak untuk pengunjung sertai.

 

 

PALING POPULAR

To Top