Business

Pusat Kecemerlangan Strategi Implan Lanjutan pertama di Malaysia dilancarkan di Pulau Pinang

Dontia Alliance (“DA”) memperkenalkan Pusat Kecemerlangan Strategi Implan Lanjutan (“Pusat AIS”) yang pertama di Pulau Pinang, Malaysia.

Pelancaran ini merupakan kolaborasi bersama SmileBay Dental Sdn. Bhd. (“SmileBay”), menandakan langkah pertama dalam visi DA untuk mewujudkan rangkaian “Pusat AIS” yang luas dan teguh, selain menyumbang kepada ekosistem pergigian yang semakin berkembang di Asia.

Pelancaran SmileBay Signature Advanced Implant Centre (“SmileBay AIC”) sebagai Pusat AIS pertama, dilengkapi dengan makmal dan kemudahan latihan sebagai tambahan kepada amalan klinikalnya dan merupakan pusat implan perkhidmatan penuh yang terbesar daripada SmileBay.

“Pusat AIS”, konsep yang baru diperkenalkan oleh DA, merupakan gelaran eksklusif yang dianugerahkan kepada pusat implan komprehensif yang ulung di setiap negara bagi mengiktiraf komitmen teguhnya terhadap kecemerlangan klinikal dan penjagaan berpusatkan pesakit.

Sehubungan itu, Pusat AIS memberi penekanan tambahan untuk menggunakan teknik dan teknologi termaju dalam perkhidmatan mereka, membuka jalan ke arah kecemerlangan dalam lingkungan implantologi pergigian.

Pengasas SmileBay Dr. Yong Peng San yang berbesar hati kerana SmileBay AIC dipilih sebagai Pusat AIS pertama di Asia berkata “Saya percaya ini akan mendorong trajektori pertumbuhan SmileBay AIC dan Pulau Pinang memandangkan ia menjadi destinasi pilihan untuk pesakit yang mencari penjagaan holistik dalam perjalanan kesihatan pergigian sepanjang hayat mereka.”

Bersempena dengan pelancaran Pusat AIS pertama, DA dengan bangganya mengumumkan inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya, yang melibatkan perkongsian bersama pengeluar implan pergigian untuk menyediakan rawatan implan kepada golongan kurang bernasib baik.

Pengasas DA, Dr. Wong Keng Mun berkata, “Kami mengiktiraf kepentingan kebolehcapaian dan komited untuk mewujudkan pusat pembaikan dan perkhidmatan implan di bandar-bandar utama Asia bagi memastikan pesakit dapat mengakses penjagaan dan penyelenggaraan yang diperlukan untuk implan mereka dengan mudah.

Beliau menyatakan Pusat AIS ini memanfaatkan ekonomi skala bagi menyampaikan penyelesaian implan yang berkesan kos dan berkualiti.

“Kami menumpukan perhatian untuk mendidik orang ramai mengenai faedah-faedah implan dan rehabilitasi oral yang kompleks, seterusnya memperkasa mereka untuk membuat keputusan termaklum berhubung kesihatan mulut mereka,” katanya.

Dr James Chow yang juga seorang pengasas DA, berkata, “Pusat AIS kami berfungsi sebagai hab pendidikan untuk doktor gigi dengan menyediakan latihan dan kemas kini tentang teknologi dan teknik bahan pergigian baharu untuk memastikan mereka mengikuti inovasi dan perkembangan terkini dalam pergigian implan.

Pusat AIS ini juga memudahkan perkongsian amalan terbaik dalam kalangan doktor gigi dan memupuk komuniti pembelajaran dan penambahbaikan berterusan.

 

 

PALING POPULAR

To Top