Business

Pusat R&D Coway Diiktiraf sebagai Makmal Cemerlang untuk Analisis Air Minum

Gambar Coway

Coway, “Best Life Solution Company,” mengumumkan pada hari ini bahawa Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang berpangkalan di Seoul, Environmental Technology Research Institute, telahpun diiktiraf atas kepakaran teknikalnya dengan memperoleh penarafan tertinggi dalam Ujian Kecekapan Bekalan Air untuk Air Minum.

Ujian Kecekapan (PT) ialah program penilaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang menilai prestasi analitis makmal merentasi pelbagai analit pada kepekatan signifikan dari segi alam sekitar dalam sampel yang tidak diketahui. Coway mengambil bahagian dalam Skim PT Bekalan Air untuk Air Minum yang disediakan oleh ERA, penyedia global bagi produk Ujian Kecekapan (PT) dan Bahan Rujukan Diperakui (CRM) kepada beribu-ribu makmal di seluruh dunia dan merentas pelbagai industri.

 

Semasa mengambil bahagian dalam ujian ini, Coway Environmental Technology Research Institute memenuhi semua kriteria penilaian merentas semua kategori untuk dinamakan sebagai Makmal Cemerlang yang diperakui.

 

Coway menerima gred tertinggi, ‘Memuaskan,’ dalam kesemua 18 kategori penilaian prestasi. Tujuh belas daripada semua kategori ini berkaitan dengan air minum, termasuk ujian logam berat, bahan organik serta bahan ion. Kategori tambahan adalah untuk emisi bahan tilam.

 

Penilaian ini menandakan tahun ke-17 berturut-turut Coway Environmental Technology Research Institute diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana memenuhi keperluan dalam ujian prestasi keupayaan analisis kualiti airnya, seterusnya mencatatkan rekod industri.

 

Sejak menjadi agensi pemeriksaan kualiti air minum pertama dalam industri yang diakreditasi oleh Kementerian Alam Sekitar Korea Selatan pada tahun 2008, keupayaan ujian dan analisis Coway Environmental Technology Research Institute disahkan setiap tahun oleh badan-badan pensijilan luar. Makmal ini diluluskan sebagai makmal ujian TÜV SÜD yang ditetapkan, TSP (Penyedia Perkhidmatan Teknikal) oleh WQA (Water Quality Association) dan makmal ujian antarabangsa dengan akreditasi daripada KOLAS (Korea Laboratory Accreditation Scheme). Keupayaan analisis kualiti airnya yang bertaraf dunia membolehkannya mengeluarkan kira-kira 20,000 laporan ujian setiap tahun.

PALING POPULAR

To Top